Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Taman Tema Genting Skyworlds mula dibuka 8 Februari ini

today31 January 2022

Background


PETALING JAYA –  Taman Tema Genting Skyworlds yang sebelum ini tertangguh pembukaannya sejak beberapa tahun lalu termasuk impak daripada pandemik Covid-19, kini membuka pintu masuknya kepada umum bermula 8 Februari ini.

Sempena pembukaan pra pelancaran taman tema yang bernilai kira-kira RM3.34 bilion itu, Genting Skyworlds menawarkan jualan harga tiket dengan diskaun sebanyak 20 peratus di laman web syarikat dari 8 Februari hingga 31 Mac ini.

Ketua Operasi Perniagaan dan Strategi Genting Malaysia Berhad., Lee Thiam Kit berkata, harga tiket bagi dewasa selepas diskaun adalah RM151 berbanding harga penuh RM189 seorang.

Bagi harga tiket  warga emas dan kanak-kanak dengan ketinggian 90 sentimeter (cm)  ke 110cm serta orang kelainan upaya ditawarkan harga diskaun RM128 seorang berbanding harga penuh RM161 seorang manakala kanak-kanak di bawah ketinggian 90 cm adalah percuma.

“Kami sudah bersedia menunjukkan taman tema kami kepada dunia,  tarikan bertema baharu ini bakal…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post