Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Tambahan RM5 juta bantu Bumiputera miliki kediaman di P. Pinang

today22 February 2024

Background


GEORGE TOWN – Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) menyuntik dana tambahan sebanyak RM5 juta bagi menyediakan kemudahan pembiayaan perumahan Bumiputera di Pulau Pinang menerusi Tabung Perumahan Bumiputera Pulau Pinang (TPBPP) yang diuruskan Co-opbank Pertama (CBP).

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, perkara itu merupakan antara yang dipersetujui MPBPP dengan tujuan penambahbaikan terhadap skim TPBPP sedia ada bagi memudahkan pemilikan hartanah oleh Bumiputera di Pulau Pinang.

”Perkara ini selari dengan objektif penubuhan TPBPP yang telah diwujudkan pada 27 Februari 2012 bagi membantu Bumiputera yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri.

”Ia juga untuk meningkatkan pemilikan hartanah bumiputera di negeri ini dengan mengambil kira faktor persekitaran pemilikan rumah di Pulau Pinang,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, di samping suntikan tambahan dana sebanyak RM5 juta, skim pembiayaan perumahan itu juga ditambah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: SAFINA RAMLI


Previous post