
Grab Malaysia telah melancarkan ciri baharu yang dikenali sebagai ‘Group Ride’ bagi mengoptimumkan mobiliti dalam kalangan rakyat Malaysia.
Inisiatif ini disasarkan untuk memperkasa pengguna melalui konsep ‘Kongsi Perjalanan, Kongsi Tambang’; yang berpaksikan kepada tiga tunjang utama — kemampuan, kecekapan teknologi, dan kemampanan.
Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook, yang turut menguji ciri baharu ini di Putrajaya, menyambut baik pengenalan ‘Group Ride’ ini.
Menurut beliau, inisiatif ini sejajar dengan kempen #TanggungjawabBersama yang menyokong penyedia perkhidmatan e-hailing untuk memperluaskan perkhidmatan kongsi kereta (carpool) bagi mengurangkan bebanan kos perjalanan penumpang.
Berikutan gangguan bekalan bahan api global akibat konflik di Asia Barat, perkhidmatan ini dilihat sebagai alternatif tepat pada masanya untuk membantu rakyat meminimumkan kebergantungan terhadap kereta persendirian, di samping menggalakkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
