Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Tan Cheng Hoe Anggap Indonesia Buat Persiapan Terbaik, Punya Barisan Pemain Laju

today16 December 2021

Background
Tan Cheng Hoe




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menyifatkan Indonesia telah menjalani persiapan yang baik selain mempunyai barisan pemain yang laju dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020.

Malaysia akan turun menentang Indonesia pada aksi terakhir kumpulan B dimana perlawanan akan berlangsung pada 19 Disember ini dan Harimau Malaya wajib mencatat kemenangan jika mahu mara ke peringkat separuh akhir.

“Shin Tae-yong membawa ramai pemain muda dan dari segi kelajuan mereka cukup pantas dan laju. Malah dari segi persiapan mereka juga terbaik, mereka sudah mengadakan latihan di Turki dan perlawanan persahabatan dengan Afghanistan dan Myanmar dan meraih keputusan terbaik,” kata Tan Cheng Hoe.

Pada perlawanan menentang Vietnam semalam, Indonesia berjaya mengikat juara bertahan itu sekaligus meraih satu mata selepas perlawanan berakhir dengan keputusan 0-0.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dito


Previous post