Site icon Kool FM

Tan Cheng Hoe Bakal Bimbing Police Tero FC?

Tan Cheng Hoe Police Tero


Peminat bola sepak tempatan hari ini dikejutkan berita mengenai perpisahan Tan Cheng Hoe dengan Selangor FC (SFC) selepas pengendali itu mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontraknya secara serta-merta.

SFC dalam satu kenyataan menjelaskan Cheng Hoe membuatkan keputusan itu untuk menggalas tugas sebagai ketua jurulatih di sebuah kelab di Thailand.

Artikel Berkaitan:

“SFC juga sudah menerima bayaran pampasan berdasarkan kontrak beliau. SFC ingin berterima kasih kepada Cheng Hoe atas usaha dan sumbangan beliau untuk kelab ini dan mengucapkan selamat maju jaya pada masa hadapan,” tulis kenyataan rasmi SFC.

Namun begitu, identiti kelab Thailand yang bakal disertai bekas jurulatih Kedah itu mula didedahkan menerusi laman sosial.

Menurut wartawan Astro Arena, Police Tero FC yang kini berada di tangga 14 dalam saingan Liga Premier Thailand berminat untuk menandatangani Tan Cheng Hoe.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version