Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe memuji barisan pemainnya yang berjaya melakar kemenangan 3-1 ke atas Kemboja pada aksi sulung kumpulan B Piala AFF Suzuki 2020 di Stadium Bishan, sebentar tadi.
Kali terakhir skuad negara meraih kemenangan adalah ketika bertemu Thailand pada aksi terakhir Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), 15 Jun lalu yang menyaksikan sepakan penalti Safawi Rasid menjadi pemisah kedua-dua pasukan.
Selepas itu dua kekalahan dicatatkan pada kunjungan ke Amman, Jordan bertemu pasukan tuan rumah (0-4) dan 1-5 di tangan Uzbekistan.
Mengulas mengenai kemenangan tersebut, Cheng Hoe turut mengharapkan peningkatan dapat ditampilkan anak buahnya pada perlawanan berikutnya.
“Satu pujian kepada para pemain kerana memberikan satu perlawanan yang positif dan kemenangan yang kita memang begitu dahagakannya,” ujar Tan Cheng…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
