Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tang Jie-Ee Wei Jumpa Pasangan Korea Selatan Di Suku Akhir

today30 July 2024

Background
Ee Wei


Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berpeluang mara lebih jauh dalam temasya Sukan Olimpik Paris 2024 kali ini berdasarkan prestasi hebat muncul juara kumpulan.

Undian rasmi di peringkat suku akhir awal pagi tadi menyaksikan mereka bakal menentang gandingan nombor lapan dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun, esok.

Baca Juga:

Jika berjaya menewaskan Won Ho-Na Eun, mereka akan bertemu sama ada beregu utama Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yu Jung atau wakil Hong Kong Tang, Chun Man-Tse Ying Suet di peringkat separuh akhir.

Berdasarkan rekod pertemuan, Tang Jie-Ee Wei memenangi dua aksi terakhir daripada tiga perlawanan ke atas Won Ho-Na Eun.

Suku akhir lain bakal menyaksikan pertembungan sesama dua beregu China, apabila pilihan pertama Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong melawan pilihan kedua Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, manakala Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun mencabar Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post

Luar Negara

Pelajar di Bangladesh sambung protes

Dhaka: Pelajar di Bangladesh mengadakan protes jalanan dalam skala lebih kecil pada Isnin selepas kerajaan Perdana Menteri Sheikh Hasina tidak mengendahkan kata dua untuk membebaskan pemimpin mereka dan memohon maaf bagi mereka yang terkorban dalam pergolakan maut. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today30 July 2024