Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Gandingan beregu campuran semakin meningkat naik, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan rentak cemerlang dalam Kejohanan Terbuka Taipei 2023 apabila baharu sahaja mengesahkan tempat ke separuh akhir.
Artikel Berkaitan:
Pada aksi yang berlangsung di Arena Tian-mu, University of Taipei itu, Tang Jie-Ee Wei dilihat tidak terlalu berdepan masalah untuk menundukkan wakil tuan rumah, Yang Po-Hsuan-Hub Ling Fang dengan ‘straight set’ 21-15, 21-14.
Diletakkan dalam senarai antara ‘anggota’ program Road To Gold (RTG) yang diperkenalkan Kementerian Belia dan Sukan dalam usaha merintis pingat emas pertama Sukan Olimpik, pasangan yang kini di tangga ke-19 dunia itu tidak memandang ke belakang lagi selepas mendahului 6-5 pada set pertama untuk menang 21-15.
Kecemerlangan itu diteruskan pada set kedua apabila mereka bangkit daripada ketinggalan 0-2 dan kemudiannya mempamerkan aksi penuh bertenaga bagi mematikan slot separuh akhir…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
