Site icon Kool FM

Tang Jie-Ee Wei Singkirkan Pilihan Ketujuh

Badminton Asia


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mempamerkan aksi cemerlang apabila melakukan kejutan pada aksi pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia 2023 di Dewan Tertutup, Sheikh Rashid Bin Hamdan, Dubai.

Artikel Berkaitan:

Masih segar dengan kejayaan meraih gelaran juara di Orleans Master pada awal April lalu, Tang Jie-Ee Wei menundukkan pilihan ketujuh kejohanan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun dengan kemenangan ‘straight set’ 21-14, 21-13.

Kemenangan tersebut sekali gus mengesahkan pertemuan mereka menentang wakil dari Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti di pusingan kedua, esok.

Selepas terikat 7-7 pada awal permainan, pasangan negara menampilkan aksi kemas untuk mendahului lawan sehingga berjaya mencatatkan kemenangan 21-14.

Skrip hampir sama berlaku di set kedua dengan anak buah Nova Widianto dengan tenang memimpin perlawanan untuk meraih kemenangan 21-13 walaupun pada…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version