Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Tangguh SST ke atas bahan mentah lateks

today16 June 2025

Background


PETALING JAYA – Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma) menyeru kerajaan supaya menangguhkan dan mengkaji semula pengenaan cukai jualan perkhidmatan (SST) lima peratus ke atas lateks getah asli (NR) dan bahan mentah lateks getah nitril butadiena (NBR).

Menurutnya, industri sarung tangan getah adalah penyumbang eksport terbesar Malaysia dalam jumlah eksport produk getah, menjana RM15.41 bilion hasil eksport tahun lepas dan menyokong lebih daripada 78,000 pekerjaan langsung. 

“Penggunaan SST pada bahan mentah penting akan meningkat dengan kos pengeluaran serta-merta. Bagi syarikat yang telah memperoleh tempahan jualan, penyerapan kos tambahan secara tiba-tiba tidak berdaya maju untuk dilaksanakan. 

“Pada masa sama, harga sarung tangan global kekal kompetitif, jadi kos tambahan ini tidak boleh dipindahkan kepada pembeli luar negara.

“Keadaan ini akan menghakis margin yang sudah sedia tipis, mengurangkan aliran tunai untuk pelaburan semula, dan melemahkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post