Kool FM

‘Tanggung Diri Sendiri Pun Susah, Apatah Lagi Tanggung Anak Orang’


Abby Abadi bersuara tentang isu poligami menerusi ruangan Threads miliknya.

Dia ada mendengar pihak yang menyatakan bahawa poligami adalah bukan tentang wang tetapi kasih sayang.

Dalam isu poligami, Abby Abadi menganggap ramai yang sewenang wenang menulis  bahawa poligami bukan tentang kewangan.

Abby Abadi berkata: “Terbaca satu Thread ni tentang poligami. [berbunyi]: ‘Poligami bukan tentang kewangan, tapi tentang kasih sayang’.

duit
Sumber Gambar: Geng borak

“Haaaaa? Salah besar tu. Sesiapa yang tulis tu baik tarik balik. Menempah [bencana] tu kalau kau teruskan.”

Abby Abadi menafikan dia menentang poligami. Namun dia tidak menyokong mereka yang tidak cukup ilmu tetapi berpoligami.

Dia menganggap isu poligami ini bukan perkara yang harus dipandang  ringan.

“Saya tidak menentang poligami, tetapi jika tidak mempunyai ilmu yang cukup, janganlah terlalu seronok kerana perkahwinan itu bukanlah seperti bermain masak-masak.

Sumber Gambar:

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version