Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tangisan Kegembiraan Mo Salah Ketika Mesir Mara Ke Pusingan 16 Akhir

today4 July 2026

Background
Mo Salah


Impian Australia untuk mencipta sejarah mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia buat kali pertama akhirnya berkecai selepas tewas 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti kepada Mesir, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.

Mesir bermula lebih garang dan berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-13 apabila Emam Ashour menanduk masuk hantaran Karim Hafez untuk meletakkan wakil Afrika itu di hadapan.

Gol tersebut memberi keyakinan kepada skuad kendalian Mesir yang lebih banyak mengawal permainan pada babak pertama.

Australia bagaimanapun bangkit selepas rehat. Usaha berterusan mereka membuahkan hasil pada minit ke-55 apabila pertahanan Mesir, Mohamed Hany, tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba menghalang hantaran lintang lawan, sekali gus menghidupkan semula harapan Socceroos.

Kedua-dua pasukan kemudian saling berbalas serangan namun gagal menemui gol kemenangan. Penjaga gol Australia, Patrick Beach, muncul wira…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post

Sukan

Aksi England, Mexico mungkin diawalkan

Los Angeles: Perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 antara England dan Mexico pada Isnin ini dilaporkan berkemungkinan dianjak kepada waktu sepak mula yang lebih awal susulan risiko ribut dan banjir di Mexico City.

today4 July 2026