Selepas menamatkan penantian panjang untuk muncul juara Bundesliga buat pertama kali, Bayer Leverkusen terus mencuri tumpuan.
Hal ini kerana skuad kendalian Xabi Alonso itu telah melakar rekod baharu bola sepak Eropah selepas mengharungi 49 perlawanan tanpa sebarang kekalahan.
Baca Juga:
Ia turut bermakna Die Werkself masih belum tewas dalam semua kejohanan disertai pada musim ini.
Pencapaian hebat dilakarkan itu sekali gus menamatkan rekod yang dipegang oleh kelab Portugal, Benfica selama 59 tahun hasil keputusan seri 2-2 dicatatkan ketika bertemu AS Roma dalam aksi separuh akhir kedua Liga Europa, awal pagi tadi.
Ketinggalan dua gol menerusi sepakan penalti Leandro Paredes yang sekali gus mengikat kedudukan agregat, Leverkusen kemudiannya tampil lebih baik untuk memburu jaringan.
Usaha mereka membuahkan hasil dengan gol sendiri Gianluca Mancini pada minit ke-82 dan Josip Stanisic mematikan api perjuangan pasukan lawan di masa kecederaan.
Keputusan yang sudah cukup…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: