Site icon Kool FM

Tantrum Dikeluarkan Ketika Ell Clasico, Vinicius Jr Minta Maaf Kepada Penyokong Dan Presiden Kelab

Vinicius


Vinicius Jr akhirnya tampil membuat kenyataan maaf selepas bertindak tidak profesional mempertikaikan taktikal pengurus yang mengeluarkannya pada aksi el clasico.

Dalam suasana emosi, Vini Jr mempersoalkan tindakan Xabi Alonso dan mengancam mahu meninggalkan kelab itu – ketika kontrak semasanya masih belum dilanjutkan.

Dalam keadaan tantrun, Vini berkata: “Kenapa sentiasa saya? Lebih baik saya keluar sahaja daripada kelab ini, senang.”

Dia terus masuk ke dalam terowong menuju bilik persalinan dan  mencarut.

Xabi Alonso enggan mengulas insiden itu secara terbuka namun menyatakan dia akan bercakap secara peribadi dengan Vinicius.

Pengurusan tertinggi Real Madrid dilaporkan tidak akan campur tangan dalam perkara tersebut – dan menyerahkan sepenuhnya kepada Xabi Alonso, kerana Vinicius harus dilayan sama adil seperti pemain lain.

Selepas beberapa hari insiden itu, Vinicius Jr. mengeluarkan kenyataan: “Hari ini saya nak meminta maaf kepada…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version