
Gabriel Tardio dan Jessie Irvine mencuri tumpuan pada Kejohanan Piala PPA Asia 1000 Leapmotor Kuala Lumpur 2026 selepas masing-masing menyapu bersih dua pingat emas dalam aksi kemuncak yang berlangsung ibu kota pada Isnin.
Artikel Berkaitan: Media Prima Dilantik Rakan Media Rasmi PPA Asia 1000 Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026
Artikel Berkaitan: Noe Khlif & Kaitlyn Christian Antara Jaguh Dunia Gegar Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026


Kejohanan berprestij itu melabuhkan tirainya secara dramatik dengan menyaksikan penentuan lima gelaran juara, didahului gandingan mantap Irvine dan Tardio dalam acara beregu campuran.
Irvine dan Tardio mementaskan kebangkitan luar biasa apabila bangkit daripada ketinggalan 2-7 pada set penentuan untuk menundukkan gandingan Danni-Elle Townsend-Joey Wild 5-11, 11-3, 12-10, sekali gus menghadiahkan emas pertama buat kedua-dua pemain berkenaan.
Momentum cemerlang itu diteruskan Tardio dalam saingan beregu lelaki bersama pasangannya, Noe Khlif. Gandingan tersebut…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: