PETALING JAYA – Malaysia telah berdiri teguh mempertahankan pelbagai item ‘garis merah’ dalam perbincangan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), tegas Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Menurutnya, kadar tarif 19 peratus dicapai tanpa menjejaskan hak kedaulatan negara untuk melaksanakan dasar-dasar utama dalam menyokong sosio-ekonomi, kestabilan, serta pertumbuhan dan pengurangan tarif daripada 25 peratus dilihat sebagai pencapaian penting hasil proses rundingan.
Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, keputusan oleh Amerika Syarikat (AS) mencerminkan hubungan ekonomi yang kukuh dan berkekalan antara kedua-dua negara.
“Ia juga merupakan bukti kredibiliti Malaysia sebagai rakan kongsi perdagangan dan pelaburan yang boleh dipercayai.
“Kami berterima kasih kepada kami rakan sejawat di AS terutamanya Pejabat Perwakilan Perdagangan AS dan Jabatan Perdagangan atas kerjasama dan sokongan membina mereka sepanjang proses…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: