KUALA LUMPUR – Purata tarif import ke atas barangan dari Amerika Syarikat (AS) ke negara ini hanya sekitar 5.6 peratus dan bukan 47 peratus seperti yang didakwa.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, Malaysia tidak bersetuju dengan asas pengiraan tarif timbal balas sebanyak 24 peratus ke atas import dari Malaysia ke AS dan sedang mendapatkan penjelasan mengenai pengiraan tersebut.
“Mengikut kefahaman kami, pengenaan tarif oleh AS bukanlah refleksi tarif yang dikenakan kepada mereka, tetapi adalah disebabkan lebihan dagangan ke atas mereka.
“Malaysia memiliki lebihan dagangan sebanyak AS$25 bilion (RM111 bilion) ke atas AS begitu juga negara seperti Vietnam yang dikenakan tarif lebih tinggi, sedangkan Singapura misalnya, yang memiliki defisit perdagangan dengan AS hanya dikenakan tarif timbal balik 10 peratus.
“Pada masa sama, Malaysia komited sepenuhnya untuk mencapai solusi yang akan mengekalkan akses pasaran, menarik…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
