Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Tarif Trump: ASEAN pilih jalan rundingan

today4 April 2025

Background


PUTRAJAYA – Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini akan mengetuai usaha rundingan bersama negara-negara anggota lain dengan Washington untuk kemungkinan mengurangkan tarif timbal balik ke atas import ke Amerika Syarikat (AS).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, isu tarif AS dijangka turut dibincangkan dalam sesi dialog tertutup pada Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12, di sini minggu depan.

“Kami akan mengadakan dialog tertutup antara menteri-menteri kewangan dan perkara ini akan dimasukkan sebagai salah satu topik utama bagi menyelaraskan pendirian ASEAN.

“Jika diteliti kenyataan yang dikeluarkan oleh negara-negara ASEAN, reaksi mereka adalah konsisten iaitu buat masa ini, langkah balas tidak dipertimbangkan.

“Sebaliknya, ASEAN sedang berbincang dengan kerajaan AS melalui institusi dan pegawai berkaitan bagi memahami maksud sebenar tindakan ini, kemungkinan pengurangan kadar tarif dan kesan jangka…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post