PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) berkemungkinan mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.75 peratus tahun ini bagi menangani risiko pertumbuhan ekonomi lebih rendah susulan pengenaan tarif timbal balik baharu oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menurut Kajian Pasaran dan Perbendaharaan CIMB.
Katanya, BNM mungkin mempertimbangkan untuk memotong OPR pada Julai untuk menyokong permintaan dalam negeri, selepas satu tempoh pemerhatian untuk rundingan perdagangan.
Ini terutamanya sekiranya cabaran global, yang berpunca daripada kelembapan AS yang lebih teruk daripada jangkaan atau kelemahan lebih luas dalam permintaan luar menjadi lebih hebat, seterusnya menekan momentum pertumbuhan Malaysia.
“Ketika BNM setakat ini mengekalkan pendirian berhati-hati, kami menyemak semula ramalan OPR kami kepada satu pemotongan sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada 2025, berbanding tiga peratus sebelum ini,” katanya dalam nota kajian hari ini.
Terdahulu,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: