PETALING JAYA – Bagi memenuhi permintaan daripada pemain industri antarabangsa dan tempatan, tarikh akhir untuk penyerahan cadangan konsep bagi Projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (KL-SG HSR) Request For Information (RFI) dilanjutkan sehingga 15 Januari 2024.
MyHSR Corporation Sdn. Bhd. (MyHSR Corp) dalam satu kenyataan hari ini berkata, lebih daripada 60 peratus syarikat yang telah menyatakan komitmen untuk menyerahkan cadangan konsep untuk projek berkenaan yang asalnya dijadualkan pada 15 November ini telah meminta lanjutan masa, antara lain bagi membentuk konsortium dan meneroka pilihan kewangan.
Pada 27 Julai lalu, MyHSR Corp telah menjalankan taklimat RFI bagi projek KL-SG HSR, yang menarik lebih 700 peserta tempatan dan asing yang mewakili spektrum penuh projek berkenaan.
Pada sesi taklimat itu, MyHSR Corp berkongsi gambaran keseluruhan proses RFI, termasuk garis masa untuk mengemukakan cadangan konsep berdasarkan inisiatif perkongsian awam-swasta, serta…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: