Site icon Kool FM

Tarikh tutup permohonan Iltizam Catalyst dilanjut sehingga 31 Ogos ini


PETALING JAYA – Tarikh tutup permohonan bagi program Iltizam Catalyst 2024 yang dikendalikan oleh Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) telah dilanjutkan sehingga 31 Ogos ini.

Sehubungan itu, perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kini mempunyai lanjutan peluang untuk memohon menyertai program tersebut.

Iltizam Catalyst 2024 adalah program pemerkasaan perniagaan secara menyeluruh selama 12 bulan yang dibawa khas oleh Ekuinas secara percuma, bagi membantu PKS menangani cabaran-cabaran lazim dan mengukuhkan asas perniagaan bagi memacu pertumbuhan mampan.

Rangka kerja program tersebut tertumpu kepada empat aspek teknikal dan utama iaitu  kewangan & pematuhan, penjenamaan & pemasaran digital, adaptasi teknologi, dan kepimpinan. 

Ia bertujuan untuk memperkasa usahawan bumiputera dengan menyediakan ilmu, bimbingan, dan kelengkapan untuk menangani cabaran yang dihadapi. 

Program tersebut menggabungkan penilaian, latihan teknikal dan bukan teknikal oleh pakar perunding, bimbingan daripada…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version