Tular sebuah kejadian di media sosial Xiaohongshu, di mana seorang pelancong China meluahkan rasa kecewa mengenai pengalaman buruknya semasa melancong ke Malaysia dan ‘taubat’ tidak mahu datang ke negara ini lagi.
Pelancong ini kecewa selepas menghadapi kesukaran dengan ketiadaan papan tanda dalam bahasa Cina dan masalah memahami bahasa Inggeris tempatan.
Pelancong China ini berkongsi pengalaman yang mengecewakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semasa mahu membeli tiket KLIA Ekspres.
Perkhidmatan KLIA Ekspres menyediakan sambungan terus tanpa henti dari KLIA ke Kuala Lumpur Sentral dengan harga RM55 untuk seorang dewasa.
Namun, pelancong tersebut menyangka harga tambang adalah RM8.50 untuk perjalanan dari KLIA ke Kuala Lumpur.

Harga tersebut sebenarnya adalah untuk KLIA Transit, sebuah perkhidmatan berbeza yang berhenti di beberapa stesen dengan tambang yang lebih rendah.
Oleh kerana kurang faham tentang sistem tiket…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: