
RAWANG – Langkah berani seorang lelaki mengusahakan perniagaan dobi berskala besar sejak 2015 membuahkan hasil apabila dia kini menjadi antara usahawan yang dipercayai untuk mengendalikan perkhidmatan mencuci pakaian dan linen bagi industri perhotelan dan restoran.
Pengarah Urusan Restu Ibu Am Holdings Sdn. Bhd., Mohd. Azmi Ma’Aziz berkata, segalanya bermula apabila dia membuat keputusan berhenti kerja dalam bidang perhotelan selepas melihat industri dobi boleh berkembang dan memberikan pulangan berterusan jika diuruskan dengan bijak.
Katanya, ketika ini kilangnya di Taman Industri Bukit Rawang Jaya, di sini mampu mencuci 15 tan fabrik sehari seperti cadar, tuala, kain alas, sarung bantal, pakaian dan sebagainya menggunakan 16 mesin basuh bersaiz antara tujuh hingga 125 kilogram serta bahan pencuci berkualiti.
Selain hotel dan restoran, Mohd. Azmi juga mempunyai pelanggan dalam kalangan pengusaha pusat konvensyen, kelab golf, syarikat penerbangan dan kapal…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: