Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Tauke kari kepala ikan pasarkan pes masakan

today31 January 2022

Background


PETALING JAYA – Berpegang pada prinsip yang mudah dalam hidup Pengasas Warung Santai D’River, Abdul Mutalib Moha­mad, 35, setiap kali mahu menjamu tetamu, pastinya beliau akan menyediakan hidangan yang terdiri daripada makanan kegemarannya yang menyelerakan.

Bertitik-tolak daripada niat tersebut dan minat dalam bidang perniagaan, anak muda yang ketika itu mencari rezeki sebagai pekerja pelantar minyak, telah cuba memberanikan diri membuka warung kari kepala ikan di Pasir Tinggi, Hulu Terengganu pada tahun 2016.

Beliau berkata, menu kari kepala ikan menjadi taruhannya ketika itu kerana ia adalah antara air tangan ibunya, Saadah Awang, 65, yang menjadi kegemarannya sejak kecil.

“Sebelum ibu bernikah dengan ayah saya, Muhammad Abdullah, 73, yang merupakan anak jati Terengganu, ibu bekerja sebagai tukang giling rempah di negara asalnya, Singapura.

“Oleh kerana terlalu gemar makan kari kepala ikan, saya belajar membuatnya dengan ibu sebelum memberanikan diri membuka warung…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MOHD AZLI ADLAN


Previous post