Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tawar Kadar Upah ‘Bermaruah’, Kasih Iris Leona Terima Pujian Netizen Kerana Tidak Eksploitasi Pekerja

today25 February 2026

Background


Di sebalik kemeriahan dunia pempengaruh media sosial yang sering dikaitkan dengan gaya hidup mewah, tindakan personaliti popular, Kasih Iris Leona, baru-baru ini telah mencuri perhatian umum menerusi satu pendekatan yang amat terpuji.

Langkah dia menawarkan kadar upah yang adil dan kompetitif bagi jawatan penjaga booth bukan sekadar satu tawaran kerja biasa, malah ia merupakan satu kenyataan tegas terhadap kepentingan etika penggajian yang murni.

Menerusi hantaran terbaharu, Leona memaklumkan dia sedang mencari pekerja sambilan untuk menjaga booth Mekna pada minggu depan di Pasar Seni KL.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah penawaran gaji yang lumayan yang mencecah RM180 sehari untuk kerja selama 12 jam.

Hal ini kerana kadar tersebut dianggap lebih tinggi berbanding secara purata kadar pasaran yang ditawarkan hanya sekitar RM100 sehari.

Tawar Kadar Upah 'Bermaruah', Kasih Iris Leona Terima Pujian Netizen Kerana Tidak Eksploitasi Pekerja
Sumber Gambar: Threads

“Nampak, sebenarnya boleh je kan letak gaji lebih RM120 untuk kerja 12 jam macam ni….

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post