ALOR SETAR – Bina Darulaman Berhad (BDB) membuka peluang kepada anak kelahiran Kedah untuk menyertai pertandingan mencipta logo dan nama khas bagi projek pembangunan Langkawi Designer Premium Outlet yang sedang berlangsung sehingga 21 November ini.
Projek tersebut akan dibangunkan oleh BDBMBI Langkawi Ventures Sdn. Bhd. (BDBMBI) yang merupakan syarikat usaha sama antara BDB dan Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI).
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Faris Najhan Hashim berkata, pertandingan berkenaan merupakan salah satu inisiatif syarikat untuk memberi peluang kepada seluruh rakyat negeri ini terlibat secara langsung dengan projek yang julung kalinya dibangunkan di Pulau Langkawi.
Menurut beliau, projek itu akan memberi satu dimensi baharu kepada produk pelancongan di Langkawi dan sudah pasti menjadi lebih menarik sekiranya mendapat sentuhan anak tempatan dalam penciptaan logo dan juga nama khas kepada projek pembangunan tersebut.

“Peserta mestilah terdiri…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: