PETALING JAYA – Bagi membantu rakyat Malaysia berjimat dan mendapatkan nilai terhebat sebelum akhir tahun, Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad, peruncit perkakas rumah kegemaran negara, melancarkan inisiatif Jualan Akhir Tahun MR D.I.Y. sepanjang November ini.
Inisiatif tersebut menampilkan 150 produk meliputi pelbagai keperluan harian dengan diskaun sehingga 30 peratus.
Ini termasuk perkakasan seperti kasut keselamatan, playar dan pistol gam panas; keperluan rumah seperti alat pembersihan, sabun pencuci dan penyembur serangga; serta barangan elektrik seperti bateri, pengecas bateri, cerek elektrik, pengering rambut dan pembersih vakum.
Ia turut melibatkan peralatan sukan seperti tali lompat, set badminton, bulu tangkis, pakaian renang kanak-kanak dan kolam renang; serta produk F&B (makanan dan minuman) seperti snek, mi segera dan minuman.

Ketua Pemasaran MR D.I.Y., Alex Goh berkata, akhir tahun adalah musim yang membawa kemeriahan, meraikan pencapaian, dan saat meluangkan masa bersama…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
