
PETALING JAYA – Bersempena dengan penganjuran Citrawarna 2026 pada 24 hingga 26 Julai 2026 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, lebih 40 hotel dan premis penginapan terpilih di sekitar Lembah Klang dan beberapa negeri menawarkan promosi penginapan eksklusif bagi merancakkan lagi aktiviti pelancongan sepanjang tempoh program dilaksanakan.
Citrawarna 2026 dengan tema ‘Ritma Warisan, Nadi Nusa dan Bangsa’ yang berlangsung selama tiga hari merupakan acara kebudayaan ikonik negara yang cukup mengujakan.
Festival ini menampilkan kelainan dengan mengetengahkan kepelbagaian seni, budaya, warisan, serta keindahan alam semula jadi Malaysia menerusi persembahan rona warna yang memukau, menawarkan platform unik kepada pengunjung domestik dan antarabangsa untuk merasai sendiri kekayaan identiti serta kepelbagaian budaya tanah air.
Tawaran istimewa hotel dan premis penginapan yang turut serta merangkumi kadar bilik pada harga menarik serta pakej gabungan unik bagi memberikan penginapan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
