Kool FM

Tawaran Istimewa Philipp Lahm Buat Peminat


Baharu sahaja menamatkan tugasan penting sebagai Pengarah Kejohanan Euro 2024, Philipp Lahm kini mengalih tumpuannya untuk perkara yang cukup berbeza.

Hal ini kerana beliau telah menawarkan pakej terbaik kepada peminat bola sepak dimana mereka berpeluang untuk menginap di rumah mewah bekas pemain skuad kebangsaan Jerman itu melalui tempahan di laman Airbnb.

Baca Juga:

Menurut sumber laporan Sport Bible, dua tetamu bakal menikmati pengalaman unik untuk bermalam di rumah pemenang Piala Dunia 2014 itu pada 18 hingga 19 Oktober nanti.

Kredit Foto: Airbnd

Vila tepi tasik yang terletak di bandar peranginan iaitu Tegernsee itu boleh ditempah dengan harga €21 (kira-kira RM106.30).

Angka yang mengingatkan kita kepada nombor jersi Lahm yang beraksi dengan penuh jiwa ketika menyarung jersi jelab gergasi Jerman, Bayern Munich.

Bukan sahaja tetamu bertuah itu akan bermalam di vila indah Lahm di Tasik Tegernsee, tetapi mereka juga akan menikmati makan malam…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version