Site icon Kool FM

Tayar Lori Tercabut Punca 7 Terkorban Dalam Kemalangan Di PLUS

Tayar Lori Tercabut Punca 7 Terkorban Dalam Kemalangan Di PLUS


Ketua Polis Alor Gajah, Ashari Abu Samah menyatakan tayar lori tercabut punca lima sekeluarga antara tujuh terkorban dalam kemalangan lima kenderaan di KM204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam tadi.

Nahas itu membabitkan sebuah lori jenis Foton dan bas pelancong membawa 27 penumpang dalam perjalanan dari utara menghala selatan, sementara sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima, treler jenis Nissan dan Perodua Bezza menuju arah utara, lapor Free Malaysia Today.

Baca Juga:

Menurutnya, tayar depan kanan lori Foton dipandu lelaki berusia 31 tahun itu tercabut dan berada di lorong tengah.

Beliau berkata, bas pelancong yang tiba di tempat kejadian terlanggar tayar itu menyebabkan ia hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.

“Semasa terbabas ke lorong bertentangan, bas itu berlanggar sebuah treler dipandu lelaki berusia 27 tahun bersama kelindan berusia 16…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version