Site icon Kool FM

TCL sasar jualan 10,000 unit model televisyen baharu


PETALING JAYA – TCL me­nyasarkan jualan 10,000 unit mo­del televisyen (tv) terbaharunya, iaitu TCL QLED Google TV T7B dan TCL 4K UHD Google TV V6B dengan kerjasama Lazada Malaysia menjelang akhir tahun ini.

Melalui kelebihan daya saing dari segi harga, ciri lanjutan dan ketersediaan dalam talian ­eksklusif, TCL bersedia untuk me­ningkatkan jualan dalam pasaran tempatan, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama elektronik pengguna terkemuka.

Menurut Pengarah Urusan TCL Malaysia, Carolyn Qiu, pihaknya mahu menjadi jenama terkemuka di pasaran tv skrin besar dalam talian, terutamanya untuk model 75 inci dan 85 inci, seterusnya mendominasi kate­gori tv QLED.

“TCL QLED TV T7B ditawarkan pada harga bermula RM1,899 dengan saiz 55 inci, 65 inci, 75 inci serta 85 inci, menggunakan teknologi Quantum Dot terkini untuk memberikan prestasi ­warna luar biasa.

“Teknologi ini menghasilkan lebih satu bilion warna dan rona, memastikan setiap imej dipaparkan dengan ketepatan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version