Site icon Kool FM

TDC aplikasikan teknologi blockchain pertingkat sistem operasi syarikat


TDC Holdings Sdn. Bhd. (TDC) syarikat Muslim yang mengeluarkan produk penjagaan kesihatan dan beribu pejabat di Cheras, Kuala Lumpur telah diasaskan pada tahun 2016 dengan memiliki nilai unik dari segi tumpuan syarikat dalam kajian dan pembangunan serta aktif meneroka era teknologi maklumat (IT) seiring perubahan gaya hidup masyarakat kini.

Inisiatif dan idea daripada pengasasnya, Mohd. Hafizuddin Hiew Abdullah nyata terbukti apabila berjaya melonjakkan imej syarikat tempatan kerana menjadi antara perintis yang meneroka sistem jualan, tempahan, operasi, mesyuarat dan pengurusan dipertingkatkan bersandarkan kepada sistem online sebelum pandemik Covid-19 menguji negara.

Semasa tempoh mencabar itu, sistem IT dan online sudah pun berjalan lancar sehingga membolehkan jualan meningkat berkali ganda sekali gus menjadikan TDC dikenali di pasaran domestik dan global.

Menerusi temu bual secara e-mel, usahawan ini telah mengaplikasikan teknologi blockchain dalam sistem pemprosesan dana dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version