Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Dua jaringan pada masa kecederaan memastikan Iran mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Wales pada aksi kedua kumpulan B Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Ahmed bin Ali Stadium, sebentar tadi.
Artikel Berkaitan:
Kemenangan penting itu hadir tepat pada masanya selepas Iran tewas besar ketika bertemu England pada aksi pertama untuk meletakkan wakil Asia itu di kedudukan kedua kumpulan dengan tiga mata.
Kedua-dua pasukan yang memburu kemenangan sulung tampil dengan aksi saling berbalas serangan untuk mendapatkan jaringan tetapi penyudah kurang berkesan nyata menghampakan.
Iran mendapat peluang pertama pada seawal minit ketujuh tetapi percubaan leret Sardar Azmoun daripada luar kawasan penalti mudah ditangkap penjaga gol, Wayne Hennessey.
Lima minit kemudian, giliran Wales pula menguji gawang Iran tetapi percubaan Kieffer Moore selepas menerima hantaran lintang Connor Roberts berjaya diselamatkan Seyed Hossein…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
