Kool FM

‘Tekanan Kerja Antara Faktor Penyumbang Gejala LGBT’ – Menteri Agama


Tekanan di tempat kerja kini dilihat bukan sekadar isu kesihatan mental, malah boleh menjadi antara faktor yang mendorong individu terjebak dalam gaya hidup lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan menjelaskan bahawa bebanan kerja yang tidak terkawal mampu mempengaruhi kestabilan emosi sehingga membawa kepada perubahan gaya hidup tersebut lapor Harian Metro.

'Tekanan Kerja Antara Faktor Penyumbang Gejala LGBT' – Menteri Agama
Sumber Gambar: reach out Australia

“Mengenai faktor-faktor yang menyumbang kepada isu berkaitan LGBT, antaranya seperti yang ditunjukkan dalam kajian oleh Sulaiman et al. (2017), terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi penglibatan individu dalam gaya hidup LGBT.

“Pengaruh sosial, pengalaman seksual, tekanan berkaitan kerja dan faktor peribadi lain mempengaruhi individu untuk tergolong dalam kategori ini.

“Kajian tersebut menekankan bahawa gabungan elemen-elemen ini mungkin menyumbang kepada perkembangan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version