PETALING JAYA – Impak pandemik Covid-19 sering dikaitkan dengan peniaga kecil dan sederhana (PKS) dan mereka sering menjadi kumpulan sasaran oleh pelbagai agensi kerajaan dan institusi kewangan untuk dibantu.
Sebenarnya, golongan profesional juga terjejas kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengekang pengoperasian harian sehingga ada yang terbeban dengan kelewatan pelbagai kertas cadangan projek, transaksi pembelian jualan serta pelbagai kes berkaitan perundangan.
Ada juga yang terpaksa menutup operasi, mengurangkan jumlah tenaga kerja dan sebilangan kecilnya juga ada yang terpaksa berniaga makanan dan minuman di tepi jalan serta menceburi bidang perniagaan lain untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Persekitaran mencabar itu telah memberi suntikan baharu kepada seorang pemilik firma guaman, Siti Syarah Mohd. Sudin, 36, untuk melibatkan diri dalam perniagaan produk minuman berkhasiat, Khurma Milk Shake yang telah berada di pasaran sejak suku kedua tahun…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
