Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Teknik ‘Landing’ Juruterbang MAS Masa Angin Lintang Ribut Darragh Dapat Pujian Ramai

today9 December 2024

Background
Juruterbang MAS


Juruterbang penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Heathrow, London, mendapat pujian ramai setelah berjaya mendarat dengan teknik yang luar biasa  meskipun dalam keadaan cuaca buruk akibat ribut, lapor NST.

Dalam sebuah video yang dikongsi di laman Facebook True Malaysia Airlines Fans dan berasal dari saluran Big Jet TV, pesawat Airbus A350-900 itu dirakam mendarat dengan teknik “crabbing”, iaitu teknik khas di mana pesawat dilihat bergerak secara serong, terutama bahagian belakang, akibat tiupan angin lintang yang kuat.

Teknik ini memerlukan fokus, keberanian, dan kepakaran tinggi daripada juruterbang.

Rakaman itu pantas menarik perhatian netizen yang kagum dengan kemahiran juruterbang MAS.

Dalam ruangan komen, ramai yang memuji keberanian dan kecekapan juruterbang dalam situasi yang mencabar.

Seorang pengguna media sosial berkata, “Angin lintang yang sangat kuat… MAS memang ada ramai juruterbang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post