Kemunculan model kecerdasan buatan atau AI dari China yang lebih murah dan berdaya saing telah menggemparkan pasaran saham teknologi global, terutamanya di Amerika Syarikat (AS), lapor Malay Mail.
DeepSeek, sebuah syarikat permulaan (startup) AI yang berpangkalan di Hangzhou, China, dilaporkan berjaya mencipta chatbot yang mampu menyaingi teknologi AI terkemuka AS dengan kos pembangunan yang jauh lebih rendah.
Perkembangan ini menyebabkan saham syarikat teknologi AS, terutamanya Nvidia – pengeluar cip semikonduktor yang menjadi tulang belakang industri AI – merudum hampir 17% di Wall Street.

Kejatuhan ini menyebabkan syarikat ini rugi hampir USD600 bilion (RM2.8 trilion) daripada nilai pasaran Nvidia.
Indeks Nasdaq, yang dipenuhi syarikat teknologi, juga turun lebih 3%.
AI Dari China: DeepSeek Cabaran Baru untuk Dominasi Teknologi AS
DeepSeek mendakwa mereka hanya membelanjakan USD5.6 juta (RM26.5 juta) untuk membangunkan model AI mereka –…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: