ISU berkaitan keterjaminan makanan di Malaysia dilihat semakin serius dan banyak pihak mula mengambil langkah awal untuk memastikan rakyat di negara ini terus mendapat manfaat jangka panjang.
Menyedari peri pentingnya perkara itu, ABS Greentech Sdn. Bhd. (ABS), sebuah syarikat pertanian aktif memainkan peranannya dalam membantu petani meningkatkan hasil tuaian, sekali gus menambah pendapatan mereka dalam keadaan ekonomi sukar sekarang.
Salah satu bidang kemahiran ABS adalah teknologi Integrated Pest Management (IPM), atau pengurusan perosak bersepadu dan banyak projek pertanian yang dijalankan dengan beberapa pihak telah menunjukkan kejayaan seterusnya membantu petani keluar daripada kepompong kemiskinan.
“Jika petani ada ilmu dalam kaedah pertanian pintar, mereka boleh menjadi jutawan,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif ABS, RM Ravichandar dalam satu temu bual selepas majlis penutup Persidangan Asia Smart Farming and Food Security (ASF) 2023 di Kuala Lumpur, baru-baru…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: