PETALING JAYA – Projek kerjasama antara jenama telekung tempatan terkenal, Siti Khadijah dengan jenama dari Indonesia, Buttonscarves mengunjurkan lebih 5,000 helai telekung istimewa bakal dijual dalam tempoh tiga bulan daripada mula dilancarkan minggu lepas.
Pengasas Siti Khadijah, Padzilah Enda Sulaiman berkata, ini adalah kerjasama pertama dan terbesar yang dilaksanakannya bagi memberi nilai tambah kepada jenama keluaran utamanya bukan sahaja dalam pasaran tempatan tetapi di negara jiran itu.
Menurut beliau, ini adalah titik mula bagi syarikat untuk melaksanakan projek seumpama itu dengan syarikat lain manakala dengan Buttonscarves memberi peluang kepada pihaknya untuk menjayakan bagi produk atau segmen lain pula masa depan.

“Perbincangan tentang kerjasama tersebut telah berlangsung lebih setahun dengan melibatkan beberapa kali proses pembuatan semula ‘re do” yang mana kami mengambil berat tentang segala aspek termasuk nilai berat lace yang akan digunakan bagi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
