Site icon Kool FM

Tempahan Luar Biasa Sempena ‘Sambutan Pensijilan Halal’, Luckin Coffee Terpaksa Tutup Sementara Beberapa Cawangan

Tempahan Luar Biasa Sempena 'Sambutan Pensijilan Halal', Luckin Coffee Terpaksa Tutup Sementara Beberapa Cawangan


Pada 30 Oktober hingga 31 Oktober merupakan dua hari promosi sempena dua cawangan Luckin Coffee mendapat pensijilan halal pertama daripada JAKIM.

Kesemua air Luckin Coffee dijual pada harga flat-rate RM3.99 sahaja.

Baca Juga:

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk merebut promosi tersebut.

Oleh kerana sambutan yang luar biasa, ramai pelanggan menyatakan mereka terpaksa menunggu tempahan air mereka hampir satu jam.

Bahkan ada pengguna Threads menunjukkan tangkap layar air yang ditempah pada pukul 11 pagi hanya boleh diambil pada jam 4 petang.

Sehubungan itu, pihak Luckin Coffee telah mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan bahawa ada beberapa cawangan terpaksa ditutup sementara.

Penutupan itu bagi menyiapkan tempahan sedia ada.

“Kami amat menghargai sokongan luar biasa anda dalam menjayakan sambutan Halal kami. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada pencapaian penting ini. Disebabkan jumlah pesanan yang sangat tinggi, beberapa…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version