Site icon Kool FM

‘Tempoh ‘Check In’ Dan ‘Check Out’ Hotel Bukan Bidang Kuasa MOTAC’ – Menteri Pelancongan

'Tempoh 'Check In' Dan 'Check Out' Hotel Bukan Bidang Kuasa MOTAC' – Menteri Pelancongan


Pada minggu lalu Menteri Pelancongan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menggesa pemain industri hotel untuk membenarkan pengguna menginap di hotel selama 23 jam sehari.

Semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini, beliau menjawab soalan asal Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) yang mempersoal sama ada kementerian mengambil serius dengan memantau lebih dekat isu penetapan waktu check in dan check out oleh pengusaha hotel yang pernah tular sebelum ini.

Baca Juga:

Menurut Datuk Seri Tiong, perkara berkaitan rumah tumpangan dan pemalaman, termasuk kawal selia tatacara operasi premis berkenaan berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, bukan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Tambahnya lagi, Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) memperuntukkan keperluan pendaftaran premis penginapan pelancong, termasuk hotel tetapi kawal selia dan penguatkuasaan operasi hotel bukan di bawah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version