Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pada awal bulan Jun lalu, pengedar-pengedar Honda Malaysia sudah mula membuka tempahan untuk model SUV generasi baharu Honda HR-V 2022 dan beberapa lokasi ada membuat ‘pameran tertutup’ kepada sekumpulan kecil orang awam pada pertengahan bulan lalu untuk melihat model SUV itu lebih dekat.
Baru-baru ini laman Paultan.org melaporkan satu memo dalaman yang dikongsikan oleh Honda Malaysia Sdn Bhd (HMSB) memaklumkan bahawa waiting period untuk SUV baharu ini mengambil masa sehingga lebih 12 bulan.
“HMSB meminta pengedar-pengedarnya untuk tidak memberikan ‘janji manis’, menerangkan tempoh menunggu sedia ada dan memberikan perkembangan terkini berkaitan tempahan kenderaan pelanggan mereka,” petik laman berkenaan.
Jumlah tempahan sedia ada yang tinggi itu disebabkan orang ramai tidak mahu melepaskan peluang pengecualian cukai jualan kenderaan yang berakhir pada 30 Jun lalu.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: