Site icon Kool FM

“Tenanglah Makcik, Macam Bella Pula Yang Ditangkap Basah”


Adik kepada Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari tidak dapat menahan diri daripada menyindir ibu Aliff Aziz yang menurutnya melebih lebih.

Ibu Aliff, Siti Hafiza berterusan menunjukkan sokongannya kepada anaknya dan sedih dengan apa yang menimpa Aliff Aziz.

Dia malah menegaskan bahawa hanya Allah SWT saja yang tahu tentang kebenarannya.

Ibu Aliff Aziz, baru baru ini menyahikut akaun IG Bella Astillah, selepas kontroversi melanda rumah tangga anaknya dan menantunya itu.

Di mana Fadzil meminta ibu Aliff Aziz tenang sikit dalam perkara ini tidak perlu gelabah. Kerana Aliff Aziz ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies bukannya Bella melakukan sebarang kesalahan.

“Tenang la makcik, dah macam Bella [Astillah] pula yang kena tangkap basah, wallahualam,” tulis Fadzil Zahari.

Komen itu rata rata disambut baik netizen yang menganggap itu adalah komen yang mewakili mereka.

Mereka melihat seolah olah ibu Aliff Aziz cuba membela kesalahan anaknya dan tidak simpati langsung…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version