Namun, baru-baru ini seorang wanita berkongsi pengalaman pahitnya apabila solat di salah sebuah masjid berdekatan Parit Buntar, Perak.
Wanita yang dikenali sebagai Afifah itu memberitahu niatnya mahu menunaikan solat dengan khusyuk dan tenang terbantut gara-gara dihalau dari masjid kononnya kerana sudah lewat malam.
Menurut laporan Sinar Harian, wanita itu mendakwa dia diarah keluar pada jam 8.50 malam di sebuah masjid oleh seorang individu dipercayai ahli jawatankuasa (AJK) masjid tersebut.
“Sanggup makcik tutup lampu sedangkan orang tengah solat lagi, saya nak pakai tudung pun tak boleh sebab alasan mahu kunci pintu, Allahuakbar.
“Anak saya sampai menangis sebab gelap, bila saya tegur, makin disuruhnya saya keluar dari masjid,” katanya.
Malah, dia terkejut selepas AJK berkenaan tidak mahu langsung bertolak ansur dan memaksanya keluar tanpa sempat memakai tudung sebaik saja selesai solat.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: