PETALING JAYA – Hengyuan Refining Company Berhad (Hengyuan) mengumumkan bahawa pihaknya telah menerima penerimaan sah dan permohonan lebihan bagi sejumlah 368,639,833 saham hak, sehingga tarikh tutup terbitan hak syarikat pada 17 Oktober 2025.
Jumlah itu mewakili 122.88 peratus daripada keseluruhan jumlah saham hak yang ditawarkan, pada harga terbitan RM0.78 sesaham, syarikat berjaya mengumpul hasil kasar RM234 juta.
Pada Julai 2025, Hengyuan mengumumkan cadangan terbitan hak boleh pindah milik
sebanyak sehingga 300 juta saham biasa baharu bersama sehingga 150 juta waran boleh
lucut percuma, berdasarkan satu saham hak bagi setiap satu saham Hengyuan sedia ada yang dipegang, dan satu waran bagi setiap dua saham hak yang dilanggan, pada harga dan tarikh kelayakan yang diumumkan kemudian, bagi mengumpul sekurang- kurangnya RM155 juta.
Ketua Pegawai Kewangan Hengyuan, Yeo Bee Hwan berkata, pihaknya berpuas hati dengan keputusan terbitan hak ini dan menghargai sokongan yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
