Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tercabar Dengan Pesaing, Tesla Sanggup Tangguhkan Pengeluaran Cybertruck Sehingga Tahun 2023

today16 January 2022

Background




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Cybertruck merupakan trak pikap pertama yang diperkenalkan oleh Elon Musk dalam barisan pengeluaran kereta elektrik Tesla. Walaupun trak pikap itu menjadi bahan gelak-tawa orang ramai kerana cermin kalis peluru retak semasa pelancaran, namun dalam masa tiga hari sahaja model tersebut telah berjaya mendapat 200,000 tempahan.

Trak pikap elektrik ini sepatutnya mula dihantar kepada pelanggan pada tahun 2021, tetapi terpaksa ditangguhkan pada tahun ini. Bagaimanapun, baru-baru ini terdapat sumber memberitahu pihak Reuters bahawa Tesla menyasarkan pengeluaran awal model ini pada penghujung suku pertama 2023.

Tambah sumber itu lagi, kelewatan berlaku apabila Tesla mahu menukar spesifikasi dan fungsi Cybertruck untuk menghasilkan satu produk yang lebih menarik apabila persaingan semakin sengit dalam segmen trak pikap elektrik tersebut.

Tesla juga turut didakwa akan membuat pengeluaran terhad

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Luar Negara

Video ancam Trump, Twitter nyah aktif akaun pemimpin Iran

Washington: Twitter semalam menyahaktifkan akaun dikaitkan dengan pemimpin tertinggi Iran yang menyiarkan video menyeru untuk membalas dendam terhadap bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump atas pembunuhan seorang jeneral tertinggi negara itu. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today16 January 2022