Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Buat kali ketiga berturut-turut di pentas TM Piala Malaysia 2021, Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi bakal berentap pada peringkat kalah mati apabila dijadualkan bertemu di peringkat separuh akhir.
Sebelum ini, kedua-dua pasukan pernah bertemu di peringkat sama pada 2018 yang menyaksikan Terengganu FC menang dengan agregat 3-2 manakala musim berikutnya, JDT menyingkirkan Terengganu FC di suku akhir dengan agregat 5-1.
Terengganu FC mengesahkan slot ke separuh akhir selepas tidak berdepan banyak masalah mengetepikan Sarawak United FC, 6-3 manakala JDT dipaksa bekerja keras sebelum atasi Kedah Darul Aman (KDA), 1-0.
Memori pertemuan pada 2019 masih diingati oleh ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain, yang pada masa itu bergelar pengendali sementara namun menyifatkan pertemuan lalu sudah menjadi sejarah.
Ditambah dengan perbezaan pemain serta pengalaman…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: