Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Terengganu Larang Aktiviti ‘Busking’ Pada 10 Malam Terakhir Ramadan

today21 January 2026

Background
Terengganu Larang Aktiviti 'Busking' Pada 10 Malam Terakhir Ramadan


Kerajaan negeri Terengganu melarang sepenuhnya aktiviti persembahan jalanan (busking) pada 10 malam terakhir Ramadan.

Larangan ini berkuat kuasa di seluruh kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) setiap daerah, petik Harian Metro.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, keputusan itu dicapai pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) selepas mengambil kira pandangan dan maklum balas pihak berkepentingan dalam libat urus pada 12 Januari lalu.

“Bagi tempoh selain 10 malam terakhir itu, aktiviti busking dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan PBT masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Masa persembahan dibenar pada 9.30 malam hingga 12.00 tengah malam. Lokasi persembahan mesti melebihi 500 meter dari masjid dan surau.

Sementara persembahan pula hanyalah lagu-lagu bercorak ketuhanan termasuk nasyid dan seumpamanya. Lagu raya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post