Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Terengganu Pantas ‘Ikat’ Tiga Pemain Muda Hingga 2026

today13 December 2023

Background
Terengganu


Sedar pemain muda berbakat besar sentiasa menjadi tarikan kelab besar untuk mendapatkan khidmat mereka, Terengganu bertindak pantas dalam melanjutkan kontrak tiga pemain muda pasukan naib juara Piala Malaysia 2023 itu.

Tiga pemain yang dimaksudkan ialah duo pemain pertahanan, Muhammad Ubaidullah bin Shamsul Fazili dan Muhammad Safwan bin Mazlan serta Muhammad Syahmi bin Zamri.

Artikel Berkaitan:

Meninjau spekulasi yang bermain di laman sosial sejak kebelakangan ini, pasukan-pasukan seperti JDT, Selangor dan Perak dikatakan berminat untuk merekrut pemain muda tersebut.

Sehubungan dengan itu, tidak hairanlah Terengganu mengambil langkah pantas untuk terus mengikat Ubaidullah, Safwan dan Syahmi.

Menurut sumber kenyataan menerusi laman Facebook rasmi Terengganu FC, kontrak ketiga-tiga pemain itu dilanjutkan sehingga tahun 2026.

“Pengendali pasukan, Tomislav Steinbruckner menyatakan ketiga-tiga orang pemain muda ini adalah prospek penting dalam pelan beliau bersama Terengganu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post