Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Terengganu Raih Kemenangan Kedua, Perak Kejutkan Johor

today14 August 2024

Background


Terengganu meraih kemenangan kedua saingan kumpulan A acara futsal Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 selepas menundukkan Sabah 3-2 pada aksi yang berlangsung pagi tadi.

Kemenangan dilakarkan naib juara edisi 2018 di Perak itu bagaimanapun hadir dengan penuh mendebarkan apabila mereka bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk memburu tiga mata penuh.

Baca Juga:

Sabah yang tumbang kepada Melaka dalam aksi sulung semalam membuka tirai jaringan menerusi Taufiq Ahmad pada minit kelapan permainan.

Kedudukan berubah ketika aksi memasuki minit ke-20 apabila Hassanal Charles menyudahkan peluang terhidang untuk melebarkan kedudukan buat Sabah.

Kelebihan itu bagaimanapun dipadamkan Terengganu yang tampil cemerlang pada babak kedua untuk mendapatkan tiga jaringan sumbangan gol sendiri Adzry Albaser (minit ke-24), Faris Mahadi (minit ke-29) dan Ikhwan Abdullah (minit ke-34).

Kemenangan itu meletakkan Terengganu di tangga teratas kumpulan A meninggalkan pasukan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post